Monday, January 25, 2010

Jom sertai facebook alumni....

Kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Pagoh.... jom sertai kami di facebook kami. Persatuan Bekas Pelajar IKBN Pagoh atau dengan cara email alumni_ikbnpgh@yahoo.com.my. segala maklumat terkini akan disampaikan melalui facebook kami.

Monday, November 2, 2009

PENGAMBILAN PELAJAR BARU

Pengambilan pelajar baru bagi sesi 01/2010 bagi bidang
Jurusan
1 - ALATAN DAN ACUAN
SKM 1 / SKM 3 / SKM 4 / DKM / SKM 5 ( DLKM )
2 - PEMESINAN AM
SKM 1 / SKM 3 / SKM 4 / DKM / SKM 5 ( DLKM )
3 - MEKANIK INDUSTRI
SKM 1 / SKM 3 / SKM 4 / DKM / SKM 5 ( DLKM )
4 - KIMPALAN
SKM 1 / SKM 3 / SKM 4 / DKM / SKM 5 ( DLKM )

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 01/2010

Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh akan memulakan sesi pengambilan pelajar baru bagi sesi 01/2010 kemasukan Januari bagi belia-belia lepasan SPM dan lepasan-lepasan SKM @ DKM dalam bidang Mekanikal di Institut ini.Borang kemasukan boleh diambil terus ini Pejabat Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh bermula dari 01 November 2009 sehingga 30 November 2009 . Disamping itu pihak Institut akan mengadakan sesi temuduga pada ketetapan berikut :
Tempat : Institut Kemahiran Belia Negar Pagoh
Masa : 08.30 am sehingga 4.00 petang
Tarikh : 23 November sehingga 27 November 2009

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS BERBUKA BERSAMA

Persatuan Alumni IKBN Pagoh telah merancang untuk melaksanakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim Muar pada 03 . Sep . 2009 . Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Karisma IKBN Pagoh .

Wednesday, July 1, 2009

Kenangan Bersama


Bersama ahli - ahli baru Persatuan Alumni IKBN Pagoh


Sumbangan cenderahati kepada wakil rasmi IPPBM

Sumbangan cenderahati kepada wakil rasmi IKBN Pagoh

Kenagan yang sempat diabadikan oleh para jemputan ( Ahli Persatuan Alumni IKBN Pagoh ) bersama dengan Pegawai - pegawai IKBN , Wakil Persatuan Alumni IKBN Pagoh dan wakil rasmi dari IPPBM yang turut diundang sempena majlis tersebut .

Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Alumni IKBN Pagoh



Persatuan Bekas Pelajar IKBN Pagoh telah ditubuhkan 19 April 2006 dan kini telah mencecah usia 3 tahun penubuhannya . Sempena Majlis Makan Malam yang telah diadakan pada 26 Jun 2009 , Pihak persatuan telah menyumbangkan sebuah Kek sempena ulang tahun ke 3 penubuhan persatuan Alumni IKBN Pagoh . Disamping itu juga , pihak persatuan telah merangka program - program yang bakal dilaksanakan bagi mengeratka hubungan diantara ahli persatuan dan maayarakat diluar sana . Pihak Institt berharap agar Persatuan ini akan terus aktif dimasa - masa akan datang .

Majlis Pelancaran Laman Blog Alumni IKBN Pagoh



Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan segala limpah kurnia-Nya dan izin-Nya juga dapatlah kita bersama - sama menyaksikan detik yang bersejarah bagi pertubuhan Persatuan Bekas Pelajar IKBN Pagoh ( Alumni ) dengan rasminya telah selamat melancarkan LAman Blog Alumni IKBN Pagoh yang telah dibangunkan oleh Persatuan Alumni dengan kerjasama Unit ICT dan Unit Promosi IKBN Pagoh .

Majlis pelancaran Laman Blog telah disempurnakan oleh wakil rasmi pengarah IKBN Pagoh En . Saiful Bahri Bin Abd Hamid . Laman Blog ini akan terus dikemaskini dari masa ke semasa dan dipantau oleh pihak IKBN Pagoh agar ia tidak mengandungi unsur - unsur negatif .

Tuesday, June 23, 2009

Penubuhan persatuan

Persatuan Bekas Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh ( Alumni ) telah ditubuhkan pada tahun 2006 yang dikendalikan oleh pengerusi persatuan yang dilantik melalui mesyuarat agong yan telah diadakan . Sejajar dengan peredaran zaman dan teknologi , persatuan ini juga telah melalui beberapa perubahan dari segi pentadbiran bagi melangkah peredaran zaman agar persatuan ini terus dikenali seiring dengan nama IKBN Pagoh .

Persatuan ini berpusat di Pejabat Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh , KM 21 . Jalan Panchur , 84500 Muar , Johor . Persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh bekas pelajar IKBN Pagog itu sendiri dan dibimbing oleh pihak pengurusan Institut bagi memastikan pentadbiran persatuan berjalan lancar .

Dengan tertubuhnya persatuan ini , dapatlah bekas - bekas pelajar IKBN Pagoh mendapat sebarang maklumat dan aktiviti yang dirancang oleh persatuan bagi memastikan hubungan yang terjalin sepanjang pembelajaran mereka di Institut ini tidak akan terhenti sebaik sahaja mereka menamatkan pembelajaran mereka . Disamping itu , persatuan ini menjangka akan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar tahun 2003 sehingga Institut ini masih lagi beroperasi .

Monday, June 22, 2009

Kata Aluan Pengarah IKBN Pagoh



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan eksplorasi anda dalam laman blog persatuan alumni Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh ini.

Laman blog Persatuan Alumni ini diwujudkan bagi menyediakan maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan persatuan ini . Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.

Dengan adanya laman blog ini dijadikan wadah informasi selain rujukan laman web sedia ada kepada belia, industri dan sesiapa yang berminat tentang maklumat terkini didalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan persatuan alumni Institut ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda sekalian yang sudi melakukan eksplorasi dalam laman blog ini.